Garis panduan baru mungkin tidak relevan dilaksana IPT
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, pihaknya akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan IPT ekoran penularan wabak H1N1.
Menurutnya, usaha itu perlu memandangkan terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza dalam perkara tersebut.
Mohamed Khaled berkata, program-program yang telah dirancang di universiti akan berjalan seperti biasa melainkan ia difikirkan tidak perlu oleh pihak universiti.
"Saya hendak menegaskan bahawa Kabinet berpendirian virus H1N1 itu sendiri tidak akan membawa kepada kematian kecuali ia menjangkiti seseorang individu yang berkomplikasi seperti mereka yang mempunyai masalah obesiti dan sakit jantung.
"Justeru, golongan tersebut perlu lebih berhati-hati dalam hal ini dan segera mendapatkan rawatan jika mempunyai simptom H1N1 sebelum ia mendatangkan kesan yang lebih memudaratkan," ujarnya.
jd kepada mereka yg mengalami masalah obesiti o sakit jantung...sila berjaga2...kepada yg lain juga....amal langkah2 berjaga2..."mencegah lg bagus dr merawat"... ingatlah...
No comments:
Post a Comment