Don't find L.O.V.E bcoz L.O.V.E will come by itself...
Don't force anybody to L.O.V.E you bcoz he won't L.O.V.E you without his L.O.V.E

Wednesday, February 10, 2010

.::. Doa Seorang Kekasih .::.

Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami Agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku daripada kekecewaan Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya Dan Ya Allah yang tercinta Gantilah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambamu ini Ya Allah Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini Jangan Engkau biar aku sendirian Di dunia ini mahupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia sama-sama Dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh Amin Ya Rabbal Al-Amin

*diambil dr blog euuuwriccccccc.......thanks eric...

3 comments:

Diarihatiku1976 said...

sedihnya baca doa ni....

Nazry Iskandar said...

sabar. ;)

Syahidatul Husna said...

nazry iskandar : sedang bersabar la ni..huhuh

diarihatiku1976: mmg sedih tp dr doa ni, ia menenangkan jiwa jugak... sbb allah sentiasa memberikan yg terbaek utk hamba2nyer...setiap yg berlaku pasti ada hikmah nyer... dan sentiasa lah beringat kepadaNya.. insyallah...