kalau lah awak mengenali saya,pasti awak tahu, ape kemahua saya, kemahuan saya dlm hubungan kt nih, saya tak ingin menipu malah tak ingin berdusta, acap kali saya ungkapkan segala yang tersirat juga yang tersurat.
tp awak, umpama ambil endah dan tak endah..mungkin kesilapan saya kerana terlalu emosional.. tapi salahkah saya utk menyatakan isi hatiku? mungkin awak tak rase seperti yg saya rase..tapi itu lah yg saya rase pada saat dan ketika saya menyatakan pada awak..itulah...kesilapanku disitu..saya terlalu emosional! saya terluka dan makin terluka. ingin saya memperbetulkan tapi makin parah malah makin besar jurang antara kita.
seminggu/7 hari awak pinta untuk saya berpikir dan selama itu juga lah saya berpikir, mengenangkan nasib hubungan kt wat saya sgt2 sedih...
dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, hubungan kt tetap macam tu, tiada perubahan. sama jek. acap kali juga awak bertanya apa keputusanku dan acapkali juga lah "tak tahu" itu menjadi jawapan yg kuar dr mulutku. lantas awak berkata, saya seperti melarikan diri drpd masalah" dan "memberi beban itu semula kepada kamu".. maafkan saya...saya mmg xtau nk membuat keputusan pada saat dan ketika itu...saya tak kuat utk menyatakan nya...
andai awak tahu, saya tak pernah menyesali setiap saat kt berhubungan. awak banyak mengajar saya erti kehidupan. awak juga banyak mengajar saya erti kesabaran walaupun awak tahu saya seorang yg panas baran, pendendam dan cemburu. awak juga mengajar saya erti kesederhanaan dlm apa juga keadaan walaupun awsk tau saya seorang yg mempunyai selera yg BESAR. sejujurnya, awak mmg telah banyak mengajar saya erti kehidupan dan saya mengharagainya..
awak memang kesayanganku dan akan tetap menjadi kesayanganku...walaupon hubungan ini telah berakhir...saya hanya mengharapkan "persahabatan" kt akan terus berkekalan...mungkin kah akan terjadi persahabatan kt selepas ini? saya tak pasti...yang pasti awak akan tetap menjadi kawan saya..saya juga tak kan sesekali memutuskan hubungan kekeluargaan yg terbina antara keluarga awak dan saya.
awak sgt baek...yg terbaek sy penah kenal..dan berhubungan....
No comments:
Post a Comment