Don't find L.O.V.E bcoz L.O.V.E will come by itself...
Don't force anybody to L.O.V.E you bcoz he won't L.O.V.E you without his L.O.V.E

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya Pertama Di Tempat Kerja

Raya pertama di tempat kerja kadang2 bukan lah sesuatu yg tidak menyeronokkan. Ini kerana dikala ini ada juga rakan2 sekerja yg senasib dengan kamu, malah merasakan apa jua yg kamu rasakan seperti mereka tidak dapat beraya bersama dgn ahli2 keluarga yg lain, xpat balik kampung dan sebagainya.

Benda yg sama juga berlaku pada sy dan juga kawan2 kesayangan sy. Kami kena berkerja pada hari raya pertama dan hanya dapat cuti pada hari raya ke 4. Disini tempat kerja saya ada wat majlis hari raya di opis, dimana mereka sediakan pelbagai juadah yang setiap umah pasti ada seperti lemang, ketupat palas, rendang ayam, rendang daging, nasi beriani, ayam masak merah, kuih muih, buah2an dan mcm2 lagi.

Itu tidak masuk dengan juadah2 yg dibawa oleh kawan2 saya. masing2 bawak juadah raya dr umah masing2 utk makan bersama2. kamu tau tak, yg keadaan kt tempat kerja sy sangat indah dengan kehadiran kawan2 yg sgt2 baek. Sy suke sangat keadaan tu. Sy dpt tengok mereka tersenyum, ketawa dan macam2 lg. sy suka tgk keceriaan dimuka mereka, sy rase bahagia. Dimana ia mengubat kesedihan sy tak dapat balik kampung.

Seronok rupa2nyer beraya di opiz ni tau tak. Mana taknyer waktu raya, tak ramai org akan call kepada kami. dan kalo ada yg call pon, mereka pasti akan wat kamu tersenyum. nk tau knp? sbb mereka akan ucapkan kepada kami selamat hari raya dan juga tanya kami knp kami tak dpt cuti. heehhehh...pastu ble abis waktu kerja jek, masing2 pasti akan berceritattg ceritera masing2 sewaktu berckp dgn customers. Yang mane cerita kelakar abis tu, mmg ktorg ketawa berdekah kah kah kah....  setiap dari kami mempunyai ceritera sendiri yg mane hanya kami jek yang rase pengalaman seperti itu.

Satu lg yg sy nk cerita ialah pada hari raya pertama di opis, masing2 mmg galak memakai baju baru. canteq! kadang2 jeles dengan mereka yg pakai baju canteq2 tue. hahhaha.... Opiz sy sangat meriah dengan baju yg bermacam2 warna. Bukan hanya org islam sahaja yg memakai baju raya, tp kaum lain juga memakai baju raya. Dan dorg sentiasa mengucapkan "Selamat Hari Raya" pada kami. Kami yg duduk dibahagian blkg opiz sentiasa membuat hal sendiri dengan menangkap banyak gambar. nk tgk tak gambar kami beraya di opiz??? hehhehe.

alahai malunyer sy...
tp peduli ape, makan kowt... lapar ni, korg pe tau...
hehehehhe

ni sewaktu berada di cafe.
kami sentiasa sempat utk bergambar biarpon sewaktu tgh mkn ye..
harap maklum.
dimana lensa berada, disitu ada kami.
=)

ini sewaktu berada di opiz.
tgk lah pakaian mereka.
canteq kn?
dan sy? serba ijau..
heeee

ni lah waktu yg menyeronokkan.
kami berkumpul sebagai SATU merayakan hari raya pertama kami,
india ada, cina ader melayu mmg ada punya. =)
kami beraya bersama.
tgk sahaja lah meja kami, penuh dgn juadah raya tau.

ni dekat hall.

Ye, ini lah saya.
sesi fotografi di laman tempat kerja sewaktu rest time.


Ini lah sebahagian kisah sy sewaktu hari raya pertama di tempat kerja. Semuanyer indah2 belaka. Dengan kehadiran kawan2 disisi, sy tidak rase kesunyian.

No comments: